04hb Disember 2004 - Majlis Mesra Aidilfitri Jejak Keluarga

Majlis Mesra Aidilfitri Jejak Keluarga
Dari keturunan Raden Zainal Abidin @ Lebai Kahar yang beristerikan Raja Mariam binti Sultan Ibrahim (Sultan Selangor II)

Sejak ujudnya Jejak Keluarga pada tahun 2000, usaha mengumpul dan menyambungkan kembali jaringan keluarga tidak pernah luput dan terus mendapat perhatian. Halaman website ini juga telah berusaha keras untuk memaparkan serta menarik minat pengunjungnya untuk mendapatkan gambaran jelas susur-galur keluarga, namun adakah sebenarnya ia berhasil?.
Satu kejutan telah berlaku!.. dengan hanya rangkayan khabar dari mulut kemulut, seluroh ahli keluarga dari anak-cucu keturunan Bugis Kuala Selangor ini telah menaruh kepercayaan kepada Jejak Keluarga untuk mengendalikan Majlis yang diluar jangkaan ini.

Raden Zainal Abidin dan Raja Mariam meningalkan 4 orang putra baginda yang pada asalnya bergelar Raja tetapi lebih mesra dikalangan penduduk Kampung Ujung Permatang Kuala Selangor dipanggil dengan namanya sahaja:
1. Penghulu Samsuddin,
2. Abd Samad,
3. Bilal Omar dan
4. Maduk.

IMG_0060.JPG (467482 bytes)
RIBEN MERAH
Anak-cucu Penghulu Samsuddin bin Radin Zainal Abidin.

Jejak Keluarga pada hari ini berjaya mengasingkan keempat-empat generasi ini dengan mengikatkan riben berwarna ditangan masing-masing:
1. Merah - Penghulu Samsuddin
2. Biru - Abd Samad
3. Kuning - Bilal Omar
4. Pada kulanya tidak dapat dikesan oleh Jejak Keluarga tetapi telah muncul satu keluarga dihari yang mulia ini.

IMG_0062.JPG (438802 bytes)
RIBEN BIRU
Anak-cucu Abdul Samad bin Radin Zainal Abidin.

Betapalah besar nikmatnya dapat mengetahui dengan jelas dan merenung wajah saudara yang selama ini pernah didengar tapi tak pernag dilihat. Ada kadang kala bertemu disatu dua majlis perkahwinan atau semasa menziarahi kematian, namut konsentrasi lebih kepada majlis yang dihadiri dan tiada peluang untuk bersapa dengan lebih mesra untuk mengenalinya. IMG_0064.JPG (465050 bytes)
RIBEN KUNING
Anak-cucu Bilal Omar bin Radin Zainal Abidin.
DSCF0566.JPG (623992 bytes)
Inilah waris tertua yang hadir pada kali ini.
P1010005.JPG (171283 bytes)
Ni haa.. atuk kita kan adik-beradik..
P1010013.JPG (178642 bytes)
Pak Ulong, Anjang kenal tak saya ni... anak Ucu Yah..
DSCF0567.JPG (611113 bytes)
Zamzarina pengacara majlis dengan pantun Bugismya.
P1010004.JPG (188807 bytes)
Mana susur-galur kita?... ala tak nampaklah... cermin aku tertinggal...
P1010028.JPG (186221 bytes)
Kita ni rasanya keturunan yang ke 8 dari Raja Mariam.. hah..kira.. abah.. atuk.. onyang...
DSCF0571.JPG (614237 bytes)
Ucu Khairi - Tujuan majlis kita ni tak lain hanya ingin merapatkan tali silaturrohim...
P1010007.JPG (175021 bytes)
Anjang... saya dah puas cari sana-sini... tak dapat lagi dari mana susur-galur keluarga saya..
DSCF0584.JPG (619669 bytes)
Amboi mak!!!... seribu-satu macam juadah.... kalau buat katering paling-paling macam kenduri kawin je..
P1010019.JPG (169238 bytes)
Anjang Hj Yusof - ini kali pertama kita buat majlis perjumpaan keluarga kita... tahun depan kita buat dengan lebih sempurna...
DSCF0565.JPG (645297 bytes)
Takpalah... diluar ni pun selesa... yang penting kita semua amat bebesar hati dapat berkumpul dan bermesra dengan saudara-mara..
P1010043.JPG (173548 bytes)
Amboi Alang Baidoyah... kerja kuat dengan ahli JKKKnya menguruskan hal hidangan..
Terima kasihlah banyak-banyak..
DSCF0578.JPG (599604 bytes)
Anjang Maharuddin yang dipakaikan dengan ketiga-tiga warna selepang bagi mewakili keseluroh keturunan kerana beliau mempunyi ingatan seperti komputer...
DSCF0581.JPG (637072 bytes)
Bagi makcik sikit "kuih Kacau" tu... dah lama tak rasa kueh ni...
Nenek... "Nugget" ni nak tak?
Alah.. itu dah biasa.. makanan orang bando..
P1010006.JPG (160511 bytes)
Wah.. kalau macam ni.. Persatuan Anak Bugis Selangor kenalah bergiat aktif semula..
Jejak Keluarga dah dapat kumpul lebih 200 ahli keluarga..
P1010012.JPG (171798 bytes)
Angah Hashim tak lepaskan peluang untuk tambah susur-galur yang belum ada..
P1010022.JPG (171253 bytes)
Ini bukanlah majlis ceramah.. tapi majlis mesra.. jadi janganlah serious sangat...
P1010041.JPG (184224 bytes)
Sempat menggambil gambar keluarga Anjang Mahariddin sebelum berpisah...

BERSUA KEMBALI DITAHUN 2005